07 January 2014

Jelajah Pahlawan at Royal Belum Rainforest



Seperti entry Gold Coast, Brisbane, Redang, Ulu Tamu dan seangkatannya, maka saya akan berjanji sedaya upaya upload entry entry baru. Yang akhirnya dah hujung tahun, apah pon tado. Haha. Memang ada potential nak jadi menteri kan?

Ok. Ini trip Jelajah Pahlawan 27, 28 & 29 December hari tu. Kesimpulan nya (tiba tiba terus kesimpulan) Belum Rainforest ni sangat best. Ada gajah, harimau, air terjun, tasik yang hijau, orang asli, boathouse makan best dan macam macam lah.

Nanti ada masa kita upload full review ok. Sekarang layan gambar lah dulu!






06 January 2014

Wall Climbing at Taman Cabaran, Putrajaya

Sejak lari lari bukan lagi pilihan utama, keterpaksaan mencari activites lain yang mencabar jiwa. Sejak dah beberapa kali cuba ni, memang gayat hilang terus. Tapi sakit tangan memang kronik. Nak reply whatsapp pon mencabar weh. Mungkin perlu lebih banyakkan stretching dan doa sebelum climb. 

So tempat climing yang aku tahu ada 2 tempat; One Utama & Putrajaya. Beza nya OU tak boleh suka suka masuk nak tengok ke apa, climber-yang-dah-bayar je boleh masuk. Korang setakat nak menonton sila duduk luar. Tak friendly langsung kan? Tapi area tu strategic lah kan. Dekat je dengan KL. Bab harga tu tak berapa best sangat, entrance fee agak mahal compare dengan Putajaya. Details here

Wall climbing @ Taman Cabaran, Putrajaya ni murah, belayer pon kacak tapi location je lah tak berapa nak mantap. Jauh dari KL. So kalau nak pi memanjat lepas kerja memang tak dan lah kan. Akhirnya pi hujung minggu-tiap-tiap-minggu. Rabak gak lah duit minyak weh. Haha. Lepas ni tol naik. Memang kena angkat sebijik motor lah nampak gaya nya kan. Ok entrance fee untuk climber sahaja. Kalau bawak anak anak ke mak budak yang nak lepak tengok tengok je. Tak perlu bayar. Boleh masuk je terus. Buat lah macam rumah sendiri.


Entrance Fee: RM6
Belayer: RM25 per hours 
Belayer ni boleh share, kalau ada 3-4 orang boleh bahagi bahagi bayar

Gear Rental
Harness: RM5
Shoes: RM7
Chalk: RM3



Next entry aku cuba kongsi sikit sikit tips untuk siapa yang pertama kali nak panjat. See'ya!




02 January 2014

Rocking Year!

Wishing a Happy & Prosperous 2014

28 of December 2013, Gerik Perak

05 December 2013

Hari Hari Yang Lebih Awesome

Ini beberapa hari dan minggu yang lepas.
Mungkin agak nya nanti aku mahu apply secara permanently.
Bila nanti.
Tak perlu nak pikir style rambut ke pejabat.
Make up? Tidak.
Suit? Hahaha
Hari hari seragam orange ni.
Fun apa.
Tapi bab nak kencing tu merungsingkan.
Memang design seragam yang ini bukan untuk perempuan.





  








21 November 2013

Piala Liga Tan Sri Rozali 2013

Takda kemajuan.
Sama jugak. Same old pace.
Bila entah agak nya nak layak main macam Lin Dan.
Bila? Bila?

Nasib lah sekali je kalah - nasib.
Main sekali hadap 6 games rehat 5 minit.
Memang minta putus nyawa lah macam ni.

Lagi lagi siap hantar bekas pemain kebangsaan kata nya.
Setakat kita juara kampung pon belum tentu layak.
Tapi syukur menang beberapa kali - beberapa.
Hahahaha.

Sekarang balik, pergi training lebih sikit.
Dan cari duit beli jersey, kasi kita lebih seragam.
Seirama. 
Harap nya main pon lebih...
Lebih CHAMPION.